Sunday, September 9, 2012

bersalin dalam air..

Tadi aku ada terbaca artikel pasal bersalin di dalam. Mesti kita semua tak tahu kan tapi ini anatara kaedah yang popular di United Kingdom dan juga Amerika Syarikat. Menurut kajian yang dilakukan seorang ibu dapat mengurangkan rasa kesakitan sekiranya dia memilih untuk melahirkan anak melalui kaedah ini. Ini kerana kaedah ini dapat memberi ketenangan kepada ibu semasa menjalani proses bersalin kerana dapat membantu memberi daya apungan untuk merehatkan diri dan mengurangkan tekanan.

Terdapat dua jenis kaedah yang boleh digunakan dalam kaeah ini. Pertama ialah berendam dari awal sehingga selamat melahirkan anak dan cara yang kedua berendam untuk tempoh masa yang iu mahu kemudian bersalin di atas katil seperti biasa. Kelengkapan utama yang diperlukan untuk bersalin menggunakan kaedah ini ialah tab mandian atau kolam kecil yang boleh memuatkan dua orang dewasa memasukinya. Kaedah ini juga membenarkan suami berada bersama isteri samada bersama di dalam kolam atau di luar kolam.

Di Malaysia ada juga ditawarkan kaedah bersalin ini. Hospital Island di Pulau Pinang merupakan hospital pertama di Malaysia yang menawarkan kaedah bersalin di dalam air. Kemudian pada tahu 2009, Hospital Pantai Kuala Lumpur pun menawarkan kaedah yang sama juga. Angkasawan Negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar pun menggunakan kaedah ini untuk isterinya melahirkan anak sulung mereka.