Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama ertinya anda memecahkannya. Jika anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan". (HR. Muslim)
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap,
Jika nanti Allah mempertemukan kita,
Kau akan selalu membimbingku,
Agar aku menjadi wanita yang solehah,
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga,
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat.
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku,
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita,
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat,
Iaitu anak yang soleh dan solehah,
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah...
Andai engkau ditakdirkan untukku,
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku,
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita,
Kau boleh mencintai aku apa adanya,
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan...
Dan andai aku salah,
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan.
Andai aku marah,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu,
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan.
Andai aku lupa,
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang,
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita,
Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku,
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya,
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.
Buat bakal imam ku..
aku tak mengidamkan dirimu sehebat Ali ataupun sekuat Umar,
utk menunjukkan keperkasaan dan kelakianmu...
tapi yg aku inginkan,
kau menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjaga diri ku dalam kelemahan ku..
dan kau akan sekuat Umar tika membetulkan aku agar aku tidak selalu menjadi tulang yang bengkok..
Isteri memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, bukan yang membawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi.. amin yarabbal alamin...

No comments:
Post a Comment